Tuesday, August 10, 2010

Fuhh.....byknye debu..

Dh berdebu rasanya buku kongsian aku ni,dh lama x ku lap dgn cerita hidup aku.Ye lah sejak dh msuk ke Poli ni,yah dh jdi plajar ipt, trlalu byk kerja yg perlu diselesaikan,assgnment brgunung2,prsentation meluru-luru,fuhhh....sekali lagi....so sempena 1 Ramadhan,aku nak kilat-kilat kan ckit lah buku kongsian aku ni.Alhamdulilah thun ni dpt smbut 1 ramadhan, harap dapat penuh satu bulan tahun ni.Amin....Bkn hanya penuh puasa,hrp jga dpt jdi seorang hamba Allah yg lebik baik dri sebelum ini dgn dtg nye bulan Ramadhan.Amin....
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

No comments:

Post a Comment