Wednesday, January 5, 2011

lawak washing machine


Pada suatu senja nan merah, di satu jalan iaitu Jalan Senduk rumah no dua puluh one,di rumah itu terdapat 10 orang pelajar yang menyewa disitu, tetapi pada senja nan merah itu, Siti Dell dan Nur Acer sedang asyik menyantap makan malam. Sedang asyik mereka makan, datanglah seorang lelaki yang gagah dengan membawa mesin basuh yang baru dibaiki kerana kerosakan jantung dan hati. Siti Dell dan Nur Acer merasa gembira kerana selepas ini tidak perlulah mereka mencuci pakaian dengan tulang 4 keratnya kerana mereka terlalu sibuk dengan tugasan di kampus serta mereka mempunyai penyakit iaitu penyakit yang tiada siapa dapat ubati iaitu 'mim alif lam sin'. Oleh kerana terlalu gembira mereka berdua terus menghabiskan santapan secepat mungkin dan mengambil pakaian untuk dicuci menggunakan mesin basuh yang telah dibaiki itu. Setelah mereka memasukkan baju2 mereka kedalam mesin basuh tersebut bersama air, mereka pun memutarkan pusingan kepada mencuci, tetapi alangkah musykil nya apabila mesin tersebut tidak berputar. Mereka hairan sedangkan baru dibaiki, Nur Acer pun berkata,"jangan buat hal plak mesin ni,apsal plak ni" kemarahan sudah mem bara lalu Nur Acer pun berfikir mungkin akibat baju yang terlalu banyak, kerana itulah mesin itu berat untuk memutar,lantas Nur Acer dan Siti Dell menggauli baju didalam mesin itu, katanya untuk memberikan ruang, tetapi hasilnya tidak juga. Setelah berfikir kembali rupanya mereka berdua terlupa untuk menghidupkan Switch on pada plug mesin tersebut. Alangkah berdekahnya mereka disitu..Isyyy....isyyyy......wah,wah,wah........Sungguh bijak nya mereka berdua.....hahhahahahahhahah......


Dongeng ini khas buat sahabatku haha dan mira........terima kasih atas idea kamu BERDUA....

2 comments:

  1. wak u laa .. HAHAHA
    eca gelak nak mati seyh bace neh .. hhoho

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    kelakar sgt !
    ngek ea lina..

    ReplyDelete