Saturday, September 29, 2012

suatu saatnya dulu

Assalammualaikum

aku pernah bangun,
aku pernah bangun dan duduk kembali,
aku takut temui jatuh, tapi aku dh rasa sakitnya jatuh,
aku baring, duduk,merangkak dan aku bangun,
aku pernah merasai saat itu,
aku pernah rasai minit waktu,
aku pernah rasai jam masa,
aku pernah rasai hari sulit,
aku juga tahu apa yang aku rasai tak sehebat kejayaan orang lain,
jatuh bangunnya orang lain,
lainnya orang itu jauh bezanya dari aku,
 bukannya aku nak membezakan diri aku dengannya lainnya orang,
tapi memang setiap orang tu berbeza,
aku pernah rasa resah,
aku pernah rasa gelisah,
aku pernah rasa takut,
takutnya aku tak dapat tandingi takutnya orang yang lebih sakit masalahnya,
aku bukan nak beritahu yang sakitnya aku hariini tak sama dengan ape yang orang lain rasa,
ini adalah rasa suatu saatnya dulu aku dan ianya sentiasa berpusing tanpa henti di dalam filem hidup aku sehinggalah suatu saatnya nanti jantungku berhenti berdegup.

dan bila itu suatu saatnya dulu menjadi perkataan yang terakhir.

No comments:

Post a Comment